Video yang berdurasi 1 minit 23 saat ini jelas kelihatan Zamani Slam dipaksa oleh anggota polis menyanyikan lagu Gerimis Mengundang semasa tahanan pihak polis kerana menghisap dan memilik dadah jenis heroin semalam.
[BACA : ZAMANI DITANGKAP POLIS HISAP & MILIKI DADAH]
Persoalannya, siapakah yang merakam dan menyebarkan video Zamani Slam menyanyi semasa tahanan polis dalam keadaan bergari ini? Sudah pasti anggota polis sendiri yang merakam dan seterusnya akan memuatnaik ke aplikasi whatsapp atau laman media sosial Facebook atau Youtube.
Walaupun Zamani memang bersalah kerana menagih dadah dan memilik dadah tetapi rasa-rasa tidak perlu diperlakukan atau diaibkan sebegini rupa kerana video Zamani Slam dipaksa menyanyi ini telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendatangkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.
Ramai yang memberi komen negatif terhadap anggota polis yang membuli dan memaksa Zamani menyanyi dan memuatnaik video tersebut sehingga ada yang mahukan anggota polis terbabit diambil tindakan kerana video ini telah mengaibkan Zamani serta keluarga Zamani sendiri.
VIDEO POLIS PAKSA ZAMANI SLAM MENYANYI SEMASA DALAM TAHANAN
TehPanas – Terasa diri amat terhina, kau lakukan…
Leave a Reply