Susulan daripada isu seorang wanita yang mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki warga Bangladesh pada 3 Mei lalu telah ditangkap polis dan direman empat hari bermula hari ini.
BACA : Kecoh Isteri Polis Diculik Bangla, Suami Mangsa Rileks Jer Main Badminton!
Wanita yang dikenali sebagai Zila itu direman sehingga 13 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 182 kerana membuat keterangan palsu.
Sebelum ini, wanita itu dikatakan bersubahat dengan suaminya yang merupakan seorang anggota polis ternyata tidak benar kerana suaminya tidak tahu dengan perancangan dan penipuan kes culik isterinya.
Rupa-rupanya, wanita tersebut dibantu oleh seorang lelaki bernama Wan untuk menjayakan lakonan kes culik tersebut. Pihak polis masih mencari lelaki tersebut untuk membantu siasatan lanjut kes ini.
Leave a Reply