Selepas video mengugut untuk meletupkan mahkamah di Malaysia ditayangkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ISIS Malaysia, kali ini mereka tampil dengan video yang terbaru untuk mengugut membunuh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar kerana isu demokrasi seperti sebelum ini.
Video yang berdurasi 1 minit 27 saat memaparkan tiga orang lelaki yang memakai pakaian hitam dan bertopeng, tetapi berbeza kali ini kerana mereka sudah mempunyai logo tersendiri yang tertulis ‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’.
Salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas yang terpapar gambar artis Jaafar Onn dipercayai artikel atau teks yang dibaca olehnya.
Kenapa kali ini gambar Jaafar Onn yang menjadi mangsa? Kenapa bukan gambar Azwan Ali? Sebelum ini gambar Nora Danish yang menjadi mangsa sehingga selebriti jelita itu membuat laporan dan takut untuk keluar rumah.
(KPN Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar)
Diharap pihak PDRM dan SKMM mengambil tindakan tegas kerana isu ugutan membunuh adalah sangat serius lebih-lebih lagi yang menjadi sasaraan adalah Ketua Polis Negara Malaysia.
VIDEO UGUT BUNUH KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA
Leave a Reply