Walaupun sedang tidur, seorang wanita di London telah menghabiskan £3,000 (RM16,080) untuk membeli sejumlah barangan dalam talian.
Wanita itu telah membeli rumah permainan Wendy, set sukan bola keranjang, gula-gula Haribo, balang biskut, cat, bekas simpanan garam dan lada hitam, dua buah peti sejuk, meja dan beberapa naskah buku.
Menurut portal Daily Mail, kejadian ini terjadi kepada wanita ini yang dilaporkan menghidap penyakit parasomnia kira-kira 7 tahun lalu selepas melahirkan anak pertamanya.
Penyakit parasomnia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu melakukan pelbagai aktiviti pada waktu tidur dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Sebelum ini dia sudah melakukan pelbagai cara mengelakkan dia membeli belah ketika sedang tidur, seperti mengunci semua pintu, menyorokkan telefon bimbit, dan banyak lagi, namun semua itu gagal.
Leave a Reply