Berhubung dengan pendedahan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mengenai orang tengah cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’.
Orang tengah yang dimaksudkan antara ‘orang kuat’ kerajaan mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini, pada jam 9.40 pagi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung pendedahan baginda mengenai orang tengah tersebut.
Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini selepas Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook pada 25 Mac lepas, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
VIDEO PENDEDAHAN ORANG TENGAH CUBA MERASUAH SULTAN JOHOR
TehPanas – Silap orang ko nak rasuah…
Leave a Reply