“Sepatutnya Syahmi Sazli yang menang ABPBH35, bukan Bell Ngasri” – Peminat Tegar

Semua sedia maklum Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 telah berakhir Jumaat lalu dengan menobatkan Ngasrizal @ Nasrizal Ngasri atau pun lebih dikenali Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular.

Bell telah menang untuk kategori Artis Komedi Popular sekaligus menewaskan artis lain yang tersenarai seperti, Johan, Zizan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

BACA : Menyesal Tiada Simpanan Semasa Sedang Popular, Yassin Buat Perniagaan Pokok Halau Nyamuk

Di sebalik kemenangan Bell yang terkenal dengan watak Barkoba itu, ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan kemenangan tersebut dan mendakwa artis kegemaran mereka yang sepatutnya memegang trofi bagi kategori Artis Komedi Popular.

Memetik di laman Facebook, salah seorang daripada peminat tegar Syahmi Sazli kecewa dengan keputusan tersebut dan melancarkan mogok lapar selama seminggu.

“Sepatutnya Syahmi yang layak memenangi kategori artis komedi popular. Apa sahaja jasa Syahmi yang dia tak buat, berlakon,melawak, mengarahkan filem yang membawa keuntungan besar.

“Juga dapat mencipta aiskrim dimana dapat memberi pengaruh meluas kepada peniaga air balang di luar sana. Sepatutnya inilah pengorbanan besar yang harus dipandang oleh rakyat Malaysia semua.

“Tak mengapa, Mi. Kamu tak menang di ABPH, tapi kamu menang di hati semua. Sampai dua kategori Bell kaut. Sepatutnya bintang paling popular bagi pada Syahmi, pelapis muda dalam dunia seni tanah air.

Tambahnya lagi, sebagai peminat Syahmi dia akan mengadakan protes dengan keputusan semalam.

“Kami akan bermogok lapar seminggu tanda protes. ABPBH tahun ni saya bagi rating 1/10,” – Peminat tegar yang mogok lapar seminggu.

Bagaimanapun kenyataan peminat tegar yang menaip nama Syahmi Sazli pun tak betul itu telah menerima kecaman ramai dan netizen rata-rata mendakwa Bell Ngasri memang layak untuk menang.

Yak yak yeay!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*