Sedar Wajah Kekasih Berbeza Dengan Gambar Di Facebook, Lelaki Batal Kahwin Saat Akhir

Hasrat seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan gadis idamannya yang dikenalinya melalui Facebook akhirnya berkecai di saat mereka hampir diijabkabulkan selepas mendapati wajah kekasihnya itu tidak sama dengan gambar di Facebook.

BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak

Menurut portal Tribunnews, lelaki yang dikenali sebagai Yusuf dan bekerja di Korea Selatan berkenalan dengan seorang wanita Indonesia yang bekerja di Taiwan menerusi Facebook dan kerap berhubung melalui laman sosial tersebut.

Yusuf bercinta dengan wanita yang menggunakan akaun Facebook Seky Yusna itu selama dua tahun menjalinkan hubungan cinta hanya melalui Facebook walaupun tidak pernah bersua muka dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Yusuf akhirnya datang ke Taiwan untuk menikahi gadis yang dicintainya itu, namun ketika majlis perkahwinan mereka, Yusuf terkejut apabila mendapati wajah kekasihnya itu jauh berbeza dengan gambar yang terdapat di Facebook.

Kecewa kerana ditipu wanita berkenaan, Yusuf mengambil keputusan membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea Selatan dengan penuh kekecewaan.

Yusuf juga mengatakan dia mengalami kerugian kira-kira Rp10 juta (RM2,948) yang diminta wanita itu sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.

Gambar majlis perkahwinan Yusuf & Seky Yusna sebelum dibatalkan 

Dalam pada itu, Yusuf juga memuji wanita tersebut kerana berani datang untuk diijabkabulkan walaupun tahu yang di dalam gambar tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

“Kalau dia berniat jahat atau apa, bisa saja dia nggak datang. Aku salut sama beliau.”

“Ibaratnya sudah tahu berbeda, beda usia sangat jauh, beliau tetap datang, saya salut,” – Yusuf

Setelah disiasat, rupa-rupanya wanita tersebut menggunakan gambar seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Intan Permata Rias Pengantin dan mendakwa gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu adalah gambar lama semasa dia masih belajar.

Intan Permata Rias Pengantin juga hairan bagaimana wanita terbabit dapat gambar-gambar lamanya sedangkan semua gambar tersebut sudah dipadam dari laman Instagram miliknya.

Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) Tidak Sampai Hati Kecewakan Dua Kekasihnya, Lelaki Kahwin Dua Wanita Serentak Dengan Mas Kahwin RM2.90
  2. Bakal Pengantin Lelaki Sebenarnya Perempuan, Kantoi Melamar Gadis 15 Tahun - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*