Penyakit lama Aaron Aziz yang dialami mulai 2013 menyerang kembali menyebabkan pelakon tersebut terpaksa berehat daripada dunia lakonan dan sebarang aktiviti lasak atas nasihat doktor.
Masalah saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian lehernya pernah menyerangnya semula pada tahun 2015 ketika penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10.
Namun, tidak disangka penyakit lama itu menyerang kembali semasa Aaron mengangkat anak bongsunya ketika bermain bersamanya.
“Baru-baru ini ia menyerang kembali selepas saya mengangkat anak bongsu, Dahlia ketika bermain dengannya.
“Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher.
“Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega.
“Doktor juga menasihatkan saya supaya lebih banyak berbaring, tidak mengangkat benda berat atau melakukan senaman lasak sehingga saya pulih sepenuhnya,” – Aaron Aziz.
Pada mula penyakit itu menyerang Aaron pada tahun 2013 semasa penggambaran program realiti TV, Fear Factor Malaysia, Aaron terpaksa berehat selama lapan bulan
Semoga Aaron Aziz cepat sembuh dari penyakitnya itu.
Leave a Reply