Pak Ya Tidak Puas Hati Dengan Lan Pet Pet, Mahu Hukuman Ditambah Lagi

Dek kerana hukuman terhadap Lan Pet Pet tidak setimpal dengan perbuatannya, Yahya Manap atau Pak Ya telah menghantar permohonan rayuan supaya hukuman terhadap pelawak itu disemak semula.

BACA : Lan Pet Pet Mahu Jumpa Pak Ya Secara Tertutup

Peguam Pak Ya memberitahu surat permohonan itu dihantar melalui faks kepada Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan pada petang semalam.

“Kami meminta Timbalan Pendakwa Raya mempertimbangkan permohonan untuk memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman ke Mahkamah Tinggi Seremban supaya hukuman dapat ditambah,” – Peguam Pak Ya.

Pak Ya mahukan hukuman tersebut ditambah memandangkan kecederaan yang dialaminya akibat dipukul dan ditendang oleh pelawak itu di Taman Acacia Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.

Sumber : Berita Harian

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman & Makan Ubat Tahan Sakit" - Pak Ya - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*