Semasa prosiding antara PU Abu dan isterinya Ain ‘Afini, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mohd Nuruazhar Tohar telah menasihatinya supaya menyelesaikan masalah rumahtangga dengan baik.
BACA : “Saya Tidak Berniat Untuk Menceraikan Isteri Saya” – Talak PU Abu Tidak Sah
Mohd Nuruazhar berkata, sebagai suami, Abu sepatutnya menjaga keluarganya dengan baik dan menjaga isteri serta anak dalam kandungan dengan sebaik mungkin, lapor Sinar Harian.
“Kamu perlu jaga isteri dan anak dalam kandungan dengan elok- elok dan jangan abaikannya,” – Mohd Nuruazhar
Beliau berkata, keadaan emosi seorang wanita yang mengandung berbeza dengan wanita lain.
Mohd Nuruazhar menjelaskan lagi, apa yang berlaku sekarang telah memberi kesan terhadap isterinya yang sarat mengandung.
“Dengan apa yang berlaku ini telah memberi kesan terhadapnya.
“Kamu jangan lepas tangan. Apa-apa hal kamu perlu selesaikan. Faham?,” – Mohd Nuruazhar.
Hanya mampu mengangguk faham, Abu kelihatan menyesal atas perbuatan yang dilakukan terhadap isterinya sebelum ini yang sanggup hendak menceraikannya demi seorang janda anak satu.
- isteri PU ABU (2)
Leave a Reply