Najib Razak Berhasrat Lakukan Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Azilah Hadri Dalam Akuan Bersumpahnya

Dikaitkan dengan pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 dalam akuan bersumpah oleh suspek utama iaitu Azilah Hadri, bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berhasrat melakukan sumpah laknat.

BACA : Akuan Bersumpah Azilah Bersabit Kes Altantuya Didengar April Depan

Menerusi laman Twitter miliknya, Najib Razak memuat naik satu posting yang menarik perhatian ramai rakyat Malaysia apabila memberitahu dia berhasrat melakukan sumpah laknat itu untuk menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan oleh Azilah Hadri baru-baru ini.

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kg Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.” – tulis Najib Razak di Twitter

Dalam pada itu, ramai yang menyokong tindakan Najib untuk melakukan sumpah laknat dan ada netizen yang mengatakan Najib bertindak berdasarkan hukum islam dan siapalah kita untuk mempertikaikannya.

Bagaimanapun, kita lihat saja Jumaat ini sama ada Najib Razak akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur, sama-sama kita nantikan.

Akuan Bersumpah Azilah Bersabit Kes Altantuya Didengar April Depan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*