Susulan daripada penyebaran video kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai ISIS Malaysia 69 mengugut untuk meletupkan Mahmakah di Malaysia tersebar di laman sosial dan Youtube, Nora Danish telah membuat satu laporan mengenai insiden ini.
[TONTON VIDEO ISIS MALAYSIA UGUT LETUP MAHKAMAH]
Selebriti popular ini membuat laporan polis mengenai video tersebut kerana di dalam video tersebut terdapat satu helaian kertas yang jelas kelihatan gambar Nora Danish.
Untuk mengelakkan apa-apa yang tidak baik terjadi dan salah faham oleh orang lain, Nora Danish membuat laporan polis.
“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.
“Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.
“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.
“Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,” – Nora Danish.
(Gambar Nora Danish dalam video ISIS Malaysia 69)
Selain Nora Danish, salah seorang daripada wakil Mahkamah di Malaysia telah tampil membuat laporan polis semalam sebaik sahaja melihat dan menerima berita mengenai video ugutan meletupkan mahkamah di Malaysia yang akan dilakukan 18 Februari ini.
Leave a Reply