Satu mesej yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp mengenai kenaikan harga minyak bermula 1 April 2015 telah menjadi viral dan mendatangkan keresahan kepada orang ramai.
Isu kenaikan harga minyak bermula 1 April 2015 yang kononnya dikenakan GST itu adalah tidak benar sama sekali kerana di laman web KPDNKK, tiada sebarang memo atau notis mengenai kenaikan harga minyak petrol atau diesel.
Mulai 1 april 2015 jam 12.00am
Ron 95 -rm 2.06 sen
Ron 97 – rm 2.36 sen
Diesel – rm 1.94 sen
Bersedia memenuhkan minyak anda. Esok sah kena beratur panjang… boleh layari porter KPDNKK utk pengesahan..
G-goverment
S-say
T-thank you
Harga minyak petrol dan diesel di negara kita masih kekal dengan harga minyak yang terbaru berkuatkuasa pada 1 Mac 2015 yang lepas.
[LIHAT HARGA MINYAK PETROL & DIESEL TERBARU]
Jangan cepat sangat untuk percaya dengan khabar angin dan jangan suka untuk share benda atau info yang tidak benar dan belum rasmi.
Tapi, kadang-kadang harga minyak di Malaysia nie tak boleh diramal, kita tunggu dan lihat sahaja adakah harga minyak naik bersama dengan GST ataupun tidak.
Leave a Reply