Sebelum ini, bayaran RM2 akan dihadiahkan kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap tikus dan diserahkan kepada pihak DBKL.
BACA: “Semua Kedai Mamak Banyak Tikus!”
Namun, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mahu menaikkan bayaran sebanyak RM3 untuk setiap tikus yang ditangkap sama ada masih hidup mahu pun mati di sekitar gerai DBKL.
“Kami akan mencadangkan kepada DBKL supaya menerima tikus yang mati juga, jika tidak, kami takut bahawa program itu tidak akan berjaya, jika kita perlu menangkap tikus hidup, pilihan kami untuk menangkap mereka adalah terhad menggunakan perangkap,” – Lim Lip Eng.
Menurut laporan The Star, sumber DBKL menjelaskan program sedmikian telah dijalankan di pasar Pudu, Cheras dan Keramat baru-baru ini.
“Pada masa lalu, kami menawarkan RM2 setiap seekor tikus tetapi kami menyediakan perangkap, tetapi tidak semua sangkar dikembalikan. Jadi sekarang, kami menawarkan RM3 setiap tikus, dan terpulang kepada rakyat bagaimana mereka mahu menangkapnya.”
Sebelum ini tawaran RM2 akan diberi setiap seekor tikus yang ditangkap tetapi pihak DBKL menyediakan perangkap dan berbeza kali ini, RM3 untuk setiap seekor tikus dan terpulang kepada mereka cara untuk menangkapnya.
Leave a Reply