Berita Harian telah menyebarkan gambar aib arwah Harun Salim Bachik dan keluarganya di laman sosial Facebook Berita Harian Online dengan status memberitahu pelakon dan pelawak terkenal itu meninggal dunia di sebuah seten minyak di Bukit Merah, Perak.
[BACA : PUNCA ARWAH HARUN SALIM BACHIK MENINGGAL]
Oleh kerana gambar yang menunjukkan arwah Harun Salim Bachik terbaring sambil diusap oleh isterinya itu mendatangkan kemarahan orang ramai dan ramai yang komen mengatakan Berita Harian tidak peka dengan isu sensitif serta tidak hormat dengan keluarga mangsa.
Ada juga yang memberitahu supaya memadamkan gambar untuk menjaga perasaan kaum keluarga dan aurat isteri arwah di dalam gambar tersebut terdedah.
Kami tahu gambar asal yang disebar oleh Berita Hairan ini sebenarnya dikongsi oleh salah seorang yang berada di tempat kejadian di laman sosial Facebook miliknya dan kini gambar tersebut viral di Facebook dan juga aplikasi Whatsapp.
Leave a Reply