“Perkara Ini Sudah Banyak Kali Berlaku, Kami Dah Biasa” – Bapa Komen Isu Aliff Aziz Curang

Sehingga ke hari ini, Aliff Aziz masih lagi tidak membuka mulut mengenai kontroversi dirinya dengan gadis remaja 17 tahun yang dikenali sebagai Nismell dan tengah hangat diperkatakan di laman media sosial.

LIHAT : (Video) Aliff Aziz Check In Hotel Dengan Awek Tik Tok 17 Tahun

Namun, bapa kepada penyanyi Aliff Aziz, Aziz Sapdan memberitahu yang keluarga mereka menerima dengan tenang mengenai kontroversi yang melanda anaknya itu.

Menurut portal Utusan Online, Aziz mendakwa masih belum bertemu Aliff namun mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.

“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” – luah Aziz Sapdan.

Bapa Aliff Aziz yang berusia 59 tahun itu memberitahu sebenarnya dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan kebiasaan isterinya yang menjawab segala persoalan daripada media.

“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah.

“Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,” – Aziz Sapdan.

Aziz juga berharap apa pun yang berlaku selepas ini, dia berharap yang terbaik untuk Aliff dan keluarganya.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Gambar Mesra Aliff Aziz Check In Hotel Lagi, Kali Ini Dengan Janda Anak Satu - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*