Alicia Amin & Shikin Gomez, Peserta Malaysia ‘Asia’s Next Top Model 5’ Tidak Takut Dikecam

Sangat bertuah program Asia’s Next Top Model 5 (AsNTM5) kali ini kerana ada wakil dari Malaysia iaitu Alicia Amin dan Shikin Gomez. Nama pun ala-ala Hollywood gitu…

BACA : Pertandingan Ratu Pondan Dunia, Dua Wakil Dari Malaysia

Apa yang membanggakan, kedua-dua wakil dari Malaysia ini adalah wanita muslim di mana biasanya wakil dari Malaysia dalam program sebegini adalah bukan muslim. Bangga atau sentap?

Alicia Amin atau nama sebenar Nurfashikin Binti Mohd Faisal Gomez dan Alicia Amin atau nama sebenar Raja Alicia Binti Raja Amin mendakwa mereka sentiasa bersikap postitif walaupun ada pihak memandang negatif terhadap penyertaan mereka dalam program itu.


Alicia Amin

Walaupun musim terbaharu AsNTM5 itu akan bermula 5 April ini, namun mereka mula mendapat kritikan dan kecaman netizen di laman sosial dan forum internet. Ingat, kritikan ya, bukan pujian…

“Jujurnya saya memang tidak baca sebarang komen negatif di internet kerana tidak mahu kata-kata orang memberi kesan kepada saya.

“Paling penting adalah saya sentiasa positif dan fokus kepada pertandingan kerana ia AsNTM adalah peluang kami mengembangkan karier peragaan ke peringkat antarabangsa,” – Alicia Amin


Shikin Gomez

AsNTM5 yang akan bersiaran pada setiap Rabu bermula 5 April, 9 malam di saluran StarWorld (Astro 711 dan 722) bakal memperlihatkan wakil Malaysia kita beraksi bersama dengan Clara Tan, pasangan kembar, Valerie Krasna dan Veronika Krasna (Indonesia), Anjelica Santillan, Jennica Sanchez, Maureen Wroblewitz (Filipina).

ArtisBuzz – Sekarang ni wanita Muslim dah boleh sertai program macam ni kot? 

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*