Seorang ustaz yang menunjukkan aksi yang melampau semasa berkhutbah mendapat kritikan orang ramai termasuk di media sosial dengan mengatakan aksi ustaz tersebut seperti seorang ahli sarkas.
Ustaz yang terkenal dengan gimik “jemaah, oh jemaah” dikenali sebagai Ustaz Nur Maulana telah memanjat mimbar dan aksi tersebut dikatakan tidak sesuai dengan situasi dan dianggap keterlaluan oleh setengah pihak.
Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid Agung Khairah Ummah, Kolaka, Kota Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada 26 Februari lalu.
(Gambar Ustaz Nur Maulana menunjukkan aksi memanjat mimbar)
Walaupun demikian Ustaz Nur Maulana tidak dinafikan sangat disenangi oleh orang ramai kerana beliau menggunakan bahasa biasa semasa memberi ceramah tetapi kali ini agak keterlaluan dengan aksi yang sedemikian.
Leave a Reply