Seorang budak perempuan berusia lima tahun parah dan pengsan dibelasah ibunya berusia 41 tahun yang khayal dadah dan bertindak agresif dengan alasan mangsa tidak mahu belajar.
Kejadian yang berlaku jam 3 petang semalam di Kampung Manis, Prai itu, mangsa parah dipukul dengan objek tumpul sehingga lebam di bahagian belakang badan dan bahagian muka.
Jiran mangsa yang terdengar tangisan mangsa yang dalam kesakitan meminta belas kasihan daripada ibunya terus menghubungi balai polis berhampiran.
Leave a Reply