“Kita Akan Buat Satu ‘Bedah Siasat'” – PH Buat ‘Post-Mortem’ Punca Kalah Di Tanjung Piai

Kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu menyebabkan Pakatan Harapan (PH) akan menjalankan satu ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan tersebut.

“Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai.

“Oleh itu, kita akan buat satu ‘bedah siasat’ secara terperinci, serius serta jujur di semua peringkat parti,” – Tun Dr Mahathir Mohamad

Sabtu lalu kita menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas kembali kerusi Parlimen itu dengan memperoleh sebanyak 25,466 undi mengatasi pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Empat lagi calon bertanding iaitu Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) hanya memperoleh 1,707 undi, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dengan 850 undi serta dua calon bebas masing-masing Dr Ang Chuan Lok (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghafar (32 undi).

Sumber : Sinar Harian

Netizen Tidak Setuju GoJek Di Malaysia, PM Kata Jangan Naik Kalau Tak Selamat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*