Gara-gara tv ditutup semasa menonton, seorang lelaki berusia 43 tahun sanggup mengacu pisau dan mengugut mahu membunuh kedua ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Pokok Sena, Kepala Batas jam 6.30 petang semalam.
BACA : Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri
Malah, lelaki itu turut merosakkan perabot dan barangan elektrik di rumahnya selain mengugut mahu membakar rumahnya kerana tidak berpuas hati dengan kedua ibu bapa kandungnya sendiri.
Menurut polis, suspek merupakan seorang penagih dadah dan juga sering mengamuk sesuka hati selain merupakan seorang yang panas baran.
Sebelum kejadian, suspek dikatakan berleter ketika sedang menonton televisyen menyebabkan ayah dan ibunya yang berusia 70 tahun bertindak menutup televisyen dan masuk ke dalam bilik tidur.
Selepas menerima laporan daripada ayah suspek, polis bertindak memberkas suspek dan ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine, memetik Astro Awani.
Semakan yang dibuat oleh polis mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri
Leave a Reply