Kondom Perisa Rendang Kini Di Pasaran Malaysia, Lebih Hebat Dari Kondom Perisa Nasi Lemak?

Jika sebelum ini kondom perisa Nasi Lemak diperkenalkan pada Oktober 2017 oleh syarikat pengeluar kondom, Karex Berhad, dan syarikat ini memperkenalkan pesaing terdekat apabila kondom yang hanya dipasarkan di Malaysia ini ada ‘perisa’ baharu.

Syarikat ini sekali lagi memperkenalkan produk baharu mereka di bawah jenama One Condom iaitu perisa berasaskan makanan popular di malaysia iaitu kondom perisa Rendang pula.

Menurut syarikat pengeluar kondom tersebut, kondom perisa Rendang ini diinspirasikan daripada kontroversi ‘rendang crispy’ dalam satu pertandingan rancangan memasak di UK sebelum ini.

Menggunakan tag line ‘Super Sensitive’ kondom ini juga menggunakan bahan seakan-akan dalam masakan rendang seperti kelapa parut, serai, kunyit, daun limau dan lengkuas.

Kepada anda dah bosan dengan kondom biasa dan ingin mencuba kelainan, harga kondom ini yang ditawarkan hanya RM5.85 dan boleh didapati secara online atau pun di kedai berhampiran anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*