Curi Lebih 150 Seluar & Baju Dalam Wanita, Lelaki 61 Tahun Dipenjara 30 Minggu

Gara-gara mencuri lebih daripada 150 helai seluar dan baju dalam wanita, seorang lelaki berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 minggu pada 19 Julai lalu.

Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan kecurian seluar dalam dan satu kesilapan awam, manakala dua pertuduhan lain diambil kira semasa hukuman.

Gambar hiasan

Kegiatan warga emas itu terbongkar apabila seorang wanita mendapati beberapa helai seluar dalam yang digantung semalaman di sepanjang koridor di Block 19 Balam Road, Singapura hilang pada 13 dan 15 Mei lalu.

Dua pasang baju dalam dan empat helai seluar dalam yang hilang itu dipercayai bernilai lebih kurang RM820 ($200).

Wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan polis di MacPherson Police Post Village kira-kira jam 7.45 malam 15 Mei, pada hari kedua kecurian berlaku.

Dengan mengesan melalui kamera CCTV, polis berjaya mengesan identiti dan menjejaki suspek ke kediamannya dan suspek ditangkap polis pada hari berikutnya bersama 120 baju dalam dan 37 seluar dalam.

Sumber : Lianhe Wanbao

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Curi Susu Dari Treler Terbalik, Polis Buka Kertas Siasatan - HOIVIRAL
  2. Upload Gambar Cium Seluar Dalam Wanita, Lelaki Psycho Ini Didenda RM3000 - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*