Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Memukau, Lebih 1,000 Hadirin Teruja

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan apabila memukau lebih 1,000 hadirin dengan gesekan biola pada Majlis Makan Malam Gala Kelab Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, Kuala Lumpur malam tadi.

Isteri Perdana Menteri itu mempersembahkan tiga lagu iaitu ‘Secret Garden’, ‘You Raise Me Up’ dan ‘Que Sera Sera’ diiringi guru biolanya, Winnie Cheah serta pemain piano, Nor Raina Yeong Abdullah yang menyaksikan hadirin berdiri memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan.

Menurut Dr Siti Hasmah, beliau berhenti bermain biola sewaktu usianya 16 tahun untuk memberi fokus kepada pengajiannya dan kemudian kembali menggesek biola pada usia 86 tahun.


Gambar DR Siti Hasmah (tengah) diiringi guru biolanya, Winnie Cheah (kanan) serta pemain piano, Nor Raina Yeong (kiri) ketika menggesek biola

“Ia membuktikan usia tidak menghalang sesiapa sahaja daripada mengejar impian,” – Dr Siti Hasmah.

Pada majlis itu juga, Dr Siti Hasmah diberi kejutan sempena hari kelahirannya yang ke-93 yang bakal disambut pada 12 Julai ini.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*