Sari Yanti Sudah Bertudung, Jep Sepahtu Ucap Terima Kasih

Jep Sepahtu telah berkongsi gambar isterinya, Sari Yanti berhijab di laman Instagram berserta dengan caption yang sweet dan ucapan terima kasih kepada isterinya itu.

LIHAT : Gambar Majlis Hari Jadi Jepp Sepahtu Yang Romantis Bersama Sari Yanti

“Alhamdulillah. Dengan izin dan gerakNya. Semoga terus istiqamah. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak,” tulis Jep di Instagram.

Dilihat dari gambar dan caption tersebut, berkemungkinan Sari Yanti kekal bertudung dan semestinya gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat dan walaupun bertudung, ada juga yang mencemuh tudung Sari Yanti singkat dan tidak menutup bahagian dada.

Sudah pasti ada yang tidak kena di mata peminat. Peminat ke?

1 Trackback / Pingback

  1. Doa Kesihatan Tun M, Jep Sepahtu Dilabel ‘Kipas’

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*