Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen berdepan dengan lima pertuduhan yang akhirnya memaksa pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Nelydia Senrose.
BACA : Kutuk & Kecam Di Instagram, Tetapi Minta Bergambar Bila Berjumpa
Kegagalan Nelydia Senrose menghadirkan diri bagi prosiding kes selepas dituduh tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) selama lima tahun berturut-turut dan menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Walaupun saman telah diserahkan kepada Nelydia Senrose pada 11 April lalu, namun Nelydia tidak mengendahkannya dan gagal hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.J
Jika Nelydia Senrose didapati bersalah, beliau boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
ArtisBuzz – Cukai kena bayar ler…
Leave a Reply