‘Doktor Gigi Youtube’ Dibebaskan, PPIM Bantu Kerana Dia Aset Negara

Selepas enam hari dipenjarakan di penjara Sungai Udang, Melaka, seorang graduan kolej vokasional ataupun ‘Doktor Gigi Youtube’, Nur Farahanis Ezatty Adli telah dibebaskan daripada hukuman penjara selama enam bulan kerana tidak membayar denda mahkamah sebanyak RM70,000 pada Jumaat lepas.

Kalau anda mengikuti cerita ‘Doktor Gigi Youtube’ ini, sudah pasti anda tahu yang Nur Farahanis ini telah mengaku bersalah pada 29 September lepas di Mahkamah Sesyen di sini kerana menjalankan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar di Bakti Homestay di Bukit Katil.

 

Walau bagaimanapun, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Aktivis Ekonomi Islam Malaysia (PPEM), yang membaca nasihat Nur Farahanis dalam media telah bersepakat dan memutuskan untuk mengumpul dana untuk membantu beliau menyelesaikan denda sebanyak RM70,000. Walaupun dah tahu memang dia bersalah? Sighhh….

Okay, sebenarnya PPIM membantu disebabkan Nur Farahanis adalah seorang wanita pintar yang hanya membantu membetulkan pendakap gigi pada temannya berdasarkan pengalamannya sendiri yang dipelajari dari Youtube. Itu kata aktivis utama PPIM, Datuk Nadzim Johan ye…

“Kami merasakan bahawa kami perlu membantunya dan kami juga percaya bahawa terdapat beberapa sebab yang baik untuk membantu kami.

“Saya tidak mahu mengatakan bahawa bayaran itu tidak adil, kami rasa kita harus cuba membantu seseorang yang cuba membebaskan dirinya daripada kemiskinan dan cabaran kehidupan,” Datuk Nadzim Johan.

Bukan itu sahaja, sebab lain kerana Nur Farahanis masih muda, tidak melakukan sebarang jenayah sebelum ini dan biarlah diberi peluang yang lain memandangkan dia merupakan aset negara.

Lagi pun Nur Farahanis adalah anak sulung dari tiga adik beradik dan kehidupan keluarganya agak susah memandangkan ayahnya adalah peniaga kecil tanpa pendapatan tetap sementara ibunya adalah seorang suri rumah.

Kasihan bukan?

TehPanas : Lepas ni semakin ramai doktor, professor, dato’, datuk di Malaysia ini. Hilang terus respek dengan PPIM. 

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. 18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara-gara Kerap Tidur Dengan Botol Susu Masih Di Mulut - TEHPANAS
  2. (Gambar) Letak Minyak Brek Motor Bila Sakit Gigi, Pipi Berlubang & Nanah Penuh Hingga Ke Otak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*