Seorang wanita terbantut untuk membuang air kecil apabila menyedari seorang lelaki disyaki merakam gambarnya ketika berada dalam tandas wanita di pasaraya Tesco Bahau, semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.45 tengahari itu, mangsa yang berusia 21 tahun menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas ketika sedang mencangkung untuk membuang air kecil.
Wanita tersebut cuba melihat cahaya tersebut dengan teliti kemudian ternampak tangan seseorang yang sedang memegang telefon.
Wanita itu terus mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon dan mangsa menendang pintu tandas itu dapati seorang lelaki berada didalamnya sambil memegang telefon bimbit.
Mangsa seterusnya bertindak merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong kepada orang ramai dan berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada polis.
Pihak polis memberitahu lelaki tersebut sudah berkahwin dan merupakan seorang pemandu lori berusia 33 tahun serta didapati positif dadah jenis Methapitamine.
VIDEO LELAKI MERAKAM GAMBAR WANITA KENCING DALAM TANDAS
Leave a Reply